Thursday, December 16, 2010

kenangan

indah benar detik ini terasa
bagai mahu hentikan masa
setiap kenangan ada rasanya
memori kukuh ku pahatkan dalam ingatan
andai ada yang buruk jadikan pengajaran
yang baik itu jadikan sisipan
aku berdiri bersama kamu
merasa suka duka gelak tawa ketika itu
kini hanya tinggal suatu pengalaman dalam kehidupan
menjadikan aku insan yang punya kenangan....

Sunday, November 7, 2010

teman

aku di sini masih mencari,
mencari cahaya yang membawa sinar,
bukan kesempurnaan di ukur,
tetapi keserasian dan kesenangan bersama diperlukan,
pelukan erat menghilangkan keresahan dan ketakutan,
senyuman manis membawa kebahagian,
hingga kini diriku masih mencari itu,

keseorangan membuat aku bebas tetapi kesunyian,
jika bersama kesunyian akan lenyap,
tetapi adakah di sebabkan kesunyian aku perlukan teman?
diriku masih mentafsir sejauh yang boleh,
tidak mahu diri ini tersalah langkah kerana langkah ini susah untuk menjejak,
akhirnya membawa kesakitan yang sukar dilupuskan,
bantu aku untuk menemui jawapan,
di sini aku menanti penuh harapan,
walau sukar untuk ku terima akan tetapi ajari aku mengerti apa itu bahagia.

Saturday, October 23, 2010

inilah kebenaran

iris hitam hanya menilai luaran
itulah fitrah alam
menyapa mesra tersenyum ceria
mengeji hina berbalas umpatan
di sini menapak si lemah mencari perlindungan
si kejam menambah seksa
hati hancur tiada sambungan, jiwa sensara tiada ehsan
menunjukkan simpati hanya untuk perhatian
menerima seadanya hanya untuk meneruskan perjalanan
anak kasih pada semua, mencari sinar bersama ketenangan

Friday, October 1, 2010

cinta

dari hatiku berkata benar padamu
hanya mulutku menipu zahirmu
siapa tahu duri menikam jiwa
hanya air mata peneman resah...
kala cinta di tayangkan
ketenangan hilang di telan badai
meniti ombak menanti bayangan tiba...
aku hanya diriku
bukan siapa untuk dirimu
biar hilang tanpa kesan
agar di kau bahagia
di saat mencari arus cinta...

Saturday, January 2, 2010

bukan


kau akan merindui dia pabila dia tiada,

tetapi hidup kau akan menjadi lebih aman jika dia jauh darimu,

maka aku mahu kau mencuba mendapatkan keberanian dalam hidupmu,

bukan untuk aku,bukan untuk dia tapi untuk dirimu,

jangan lukakan diri sendiri lagi...demi dia.

teruskan terbang bersama insan yang menyayangi dirimu,

bukan insan menyakitimu dan mendustakanmu..

aku teman yang sentiasa mahukan yang terbaik bukan teman,

bukab melihat teman terseksa jiwa dan raga..

hargai dirimu sepenuh jiwa..

jangan biarkan jiwamu separuh pergi..