Thursday, April 30, 2009

eNtaH

eNtah mengapa saat ini merasakannya..
bukannya ku tak biasa,
mungkin cuma hatiku tak mahu memperlihatkannya.
entah apakah yang merasuk minda ku nan satu ini..
makin jauh dicari pabila dekat ku lari,
takut menghampiri bayangku sendiri kerna ku takut akannya,
entah bila ianya akan kembali normal,
pabila malam tiba ku tutup mata,
entah kenapa tak dapat dijelaskan..
mungkin ini yang kau rasa..entah.

Tuesday, April 21, 2009

Kembali

Bulat mataku melihat kejauhan kelibatmu..
Nadiku kaku saat kau melangkah,
Darahku tidak mengalir tika kau berpaling,
Terhenti nafasku menanti sinar esoknya,

Bulan menyepi kerna kau tiada disisi,
Mentari menyepi merindui dirimu,
Hatiku parah dalam dilema,
Haruskah aku ikut melangkah atau,
Atau kau yang harus kembali...

Friday, April 17, 2009

celaru

malam pergi takkan kembali..
siang datang takkan berulang..
pejam mata terbayang jiwamu..
lihat dunia tiada dirimu..
rugi ku merelakannya..
deritaku menanggungnya..
hidupku menangisinya..
matiku di ingatannya..
mampukah ku jalaninya??
kecewakah ku kehilangannya??
hanya tuhan yang tahu..

Sunday, April 5, 2009

syurga ku

Di kala aku kesunyian dialah peneman ku..
Di kala aku di ambang kesedihan dialah pengubatku..
Di kala mataku terbuka dialah pandangan pertama ku..
Di kala aku dewasa dialah penasihat ku..

Tanpa mu aku bukan aku..
Tanpa mu aku bukan siapa2..
Dengan kamu adalah aku..
Dengan kamu itulah aku..

Thursday, April 2, 2009

pertama

pertama adalah apa yang aku fikirkan..
pertama adalah apa yang aku rasakan..
pertama adalah apa yang aku mahukan..
pertama adalah apa yang aku mulakan..
pertama adalah apa yang aku lakukan..
pertama adalah apa yang aku carikan..
pertama adalah apa yang aku tinggalkan..