Wednesday, October 14, 2009

tempias

di sana yang merintih kesedihan..
di sini yang merasa ke sayuan..
di sana jauh merantau mencari kesenangan..
di sini yang merasa keselesaan..
pabila mentari hilang di sana..
mentari muncul di sini..
jauhnya perbezaan di sana dan di sini..
tetapi tetap punya rasa yang sama..

Sunday, October 4, 2009

raye 09

selamat hari raya pd sume blogger..
walaupn da agak terlambat tapi masih bulan syawal lagi kan2...
taun nie raye cam taun lepas gak..
pegi konvoi raye naik 5 buah kete..
sume pompuan..
first pegi segamat then melake last kat muar...
sempat gak amek gambar siket2...



















Sunday, August 9, 2009

pilih

mahu aku memilih atau mahu aku di pilih
bagaimana hendak buat pilihan?
dan bagaimana untuk jadi pilihan?
pilihan tepat buat selamanya
hati senang jadi pilihan...
tapi itu semua bergantung pada keadaan,
kerana keadaan yang membuat kita terpaksa memilih..

Friday, July 17, 2009

bilang saja

bilang saja bila kau bosan..
tapi jangan kau sakiti aku..
bilang saja bila kau mahu pergi..
tapi jangan kesali...

Saturday, July 11, 2009

rindu

aku rindu pada gelak tawa mu yang dulu..
di mana ada aku situlah kau berada..
jarak tak pernah memisahkan kita,tapi itu dulu..
tika ini aku amat terasa kehilanganmu..
kau begitu dekat tetapi kurasa amat jauh..
mungkin waktu sedang menguji kita atau kau yang menguji ku??
pulanglah pada waktu yang ku damba..

Tuesday, May 5, 2009

ketenangan

apa yang yang aku mahu hanya bisikan lembut angin membelai pipiku

ombak pantai mengurut lembut kakiku

burung-burung menyapaku riang dan

suasana ceria dengan kehadiranku.

pabila siang tiba bulan merinduiku dan

pabila malam tiba bulan memelukku..

itulah kedamaian yang di cari oleh insan sepertiku..



author..

Sunday, May 3, 2009

tAkdiR

bukan tinggi yang ingin ku gapai
cuma impian yang ingin ku capai
terlaksana sudah satu cerita tapi bila lagi kau mahu menjelma..
malam menjadi kelam siang menjadi penghalang
apakah daya bulan tidak menemaniku,matahari membenci ku..
kau semakin pudar ditelan senja kemerahan..
aku tidak membenci dirimu, malah menyayangi mu,
tapi diriku dah tak daya lagi menatap wajah duka mu..
memberi seribu harapan tanpa mengharapan satu balasan,
adakah hatiku sudah buta?
meskipun mata ku melihat..
jalan masih jauh tetapi kurdat sudah pupus..
masa menanti lebih jauh dari masa yang berlalu..

Thursday, April 30, 2009

eNtaH

eNtah mengapa saat ini merasakannya..
bukannya ku tak biasa,
mungkin cuma hatiku tak mahu memperlihatkannya.
entah apakah yang merasuk minda ku nan satu ini..
makin jauh dicari pabila dekat ku lari,
takut menghampiri bayangku sendiri kerna ku takut akannya,
entah bila ianya akan kembali normal,
pabila malam tiba ku tutup mata,
entah kenapa tak dapat dijelaskan..
mungkin ini yang kau rasa..entah.

Tuesday, April 21, 2009

Kembali

Bulat mataku melihat kejauhan kelibatmu..
Nadiku kaku saat kau melangkah,
Darahku tidak mengalir tika kau berpaling,
Terhenti nafasku menanti sinar esoknya,

Bulan menyepi kerna kau tiada disisi,
Mentari menyepi merindui dirimu,
Hatiku parah dalam dilema,
Haruskah aku ikut melangkah atau,
Atau kau yang harus kembali...

Friday, April 17, 2009

celaru

malam pergi takkan kembali..
siang datang takkan berulang..
pejam mata terbayang jiwamu..
lihat dunia tiada dirimu..
rugi ku merelakannya..
deritaku menanggungnya..
hidupku menangisinya..
matiku di ingatannya..
mampukah ku jalaninya??
kecewakah ku kehilangannya??
hanya tuhan yang tahu..

Sunday, April 5, 2009

syurga ku

Di kala aku kesunyian dialah peneman ku..
Di kala aku di ambang kesedihan dialah pengubatku..
Di kala mataku terbuka dialah pandangan pertama ku..
Di kala aku dewasa dialah penasihat ku..

Tanpa mu aku bukan aku..
Tanpa mu aku bukan siapa2..
Dengan kamu adalah aku..
Dengan kamu itulah aku..

Thursday, April 2, 2009

pertama

pertama adalah apa yang aku fikirkan..
pertama adalah apa yang aku rasakan..
pertama adalah apa yang aku mahukan..
pertama adalah apa yang aku mulakan..
pertama adalah apa yang aku lakukan..
pertama adalah apa yang aku carikan..
pertama adalah apa yang aku tinggalkan..