Thursday, May 10, 2012

Menyayangi atau disayangi

Pungguk sudah mula lupakan bulan,
Pabila matahari sudi jadi peneman,
Tiada lagi rayuan untuk bulan yang kian menjauh,
Maka tika ini siang disenangi dan malam dibenci,
Jangan salahkan pungguk jika dia beralih arah,
Jangan salahkan takdir jika hati sudah terluka,

Bintang masih sudi menjadi penerang,
Walau cahaya bulan dipinjam,

Langkah kaki masih laju dalam mencari arah,
Siapakah bulan, matahari dan bintang di hati?
Pasrah dalam kehidupan atau masih perlu berjuang,
Hanya perlu menunggu atau membiarkan..

Tuesday, February 8, 2011

Perasaan


Terima kasih kerana masih sudi disini bersamaku,Terima kasih kerana masih sanggup menemaniku,
Hari hari mendatangkanku akan menjadi lebih bermakna kerana kamu,
Hari hari lalu menjadi kenangan abadi kerana kamu,
Aku masih boleh tersenyum pada saat ini di atas kehadiranmu,
Aku masih boleh ketawa pada tika ini di atas gurauanmu,
Bagiku, dirimu umpama sinar mentari yang amat penting bagi alam sejagat,
Begitulah pentingnya kamu, kamu dan kamu kepadaku..
Kamu jangan pernah terfikir untuk meninggalkanku kerana aku tidak mahu berjauhan darimu,
Selagi nadi ini berdetik, selagi itu aku memerlukan kamu.



Wednesday, January 19, 2011

Kehormatanku


Tiada sajak yang dapat ku ungkapkan ketika ini
Hanya luahan rasa jiwa ku nan satu dapat ku nyatakan di sini
Aku bukan siapa-siapa yang perlukan penghormatan semua
Tetapi aku hanya lah diriku yang menjaga kehormatanku
Maruah ku perlu terletak ditangga teratas dalam hidupku
Tidak mahu noktah hitam menyinggah dalam diari hidup ku
Juga tidak mahu dipandang hina masyarakat yang suka memerhati
Di sini aku perlu dewasakan diriku supaya tahu menilai
Menilai yang indah dan menyanjung yang suci
Teman perjalanan hidup yang singkat ini amat ramai
Tetapi teman di akhirat tiada duanya
Kisah hidup dikongsikan dengan indah bersama
Akulah insan yang akan memelihara kehormatanku

love:nora


Saturday, January 8, 2011

Hamba-Mu


Ketika ini hatiku terdetik dalam kesenyapan malam,

Memikirkan peranan ku dimasa hadapan,

Dimanakah kakiku akan melangkah bila tika itu tiba,

Siapakah aku ketika kamu sudah menjadi dirimu,

Pergolakan perasan ini hanya ku diamkan,

Menanti saat untuk meluahkan amat sukar,

Diriku umpama si anak kecil yang memerlukan bimbingan darimu,

Untuk tidak terumbang ambing seperti perahu kecil di lautan laus,

Hanya Yang Maha Esa bisa mengatur nadi ini,

Tetapi nadi ini perlu membuat perancangan hidup,

Jodoh, ajal maut, rezeki semuanya ku berserah pada-Mu, Allah S.W.T yang Maha Berkuasa.Amin.


Love:nora

Tuesday, January 4, 2011

Berbahagialah


Kebahagian sukar dicari jika kita sukar mempercayai...
Kepercayaan sukar dicapai jika kita sukar memahami..
Maka di sini aku masih berputar pada paksi yang sama dalam memahami kehendak manusia..
Kehendak manusia yang tidak pernah mengenal erti jemu..
Maka kamu wahai manusia, berhentilah daripada terus berada di situ..
Teruskan hidup kamu yang indah itu tanpa ragu..
Kamu perlu berdiri dengan kehendak kamu yang murni itu..
Jangan abaikan diri kamu semata-mata memperjuangan hak yang tidak pasti..
Kamu manusia yang cantik dari pelbagai sudut..
Suatu masa nanti kebahagian yang dicari akan ditemui..
Disaat itu kamulah manusia yang paling ceria..
Jadikan diri kamu seorang pejuang yang mengejar realiti bukannya fantasi..



lovely:nora

Thursday, December 16, 2010

kenangan

indah benar detik ini terasa
bagai mahu hentikan masa
setiap kenangan ada rasanya
memori kukuh ku pahatkan dalam ingatan
andai ada yang buruk jadikan pengajaran
yang baik itu jadikan sisipan
aku berdiri bersama kamu
merasa suka duka gelak tawa ketika itu
kini hanya tinggal suatu pengalaman dalam kehidupan
menjadikan aku insan yang punya kenangan....

Sunday, November 7, 2010

teman

aku di sini masih mencari,
mencari cahaya yang membawa sinar,
bukan kesempurnaan di ukur,
tetapi keserasian dan kesenangan bersama diperlukan,
pelukan erat menghilangkan keresahan dan ketakutan,
senyuman manis membawa kebahagian,
hingga kini diriku masih mencari itu,

keseorangan membuat aku bebas tetapi kesunyian,
jika bersama kesunyian akan lenyap,
tetapi adakah di sebabkan kesunyian aku perlukan teman?
diriku masih mentafsir sejauh yang boleh,
tidak mahu diri ini tersalah langkah kerana langkah ini susah untuk menjejak,
akhirnya membawa kesakitan yang sukar dilupuskan,
bantu aku untuk menemui jawapan,
di sini aku menanti penuh harapan,
walau sukar untuk ku terima akan tetapi ajari aku mengerti apa itu bahagia.